Pages

Followers

Saturday, February 23, 2013

Bestnya dapat bunga kan???

Assalamualaikum



  
Bunga

Bunga dan perempuan tak dapat dipisahkan..
Walaupun mekarnya hanya seketika
Walaupun harumnya hanya sementara
tapi mekarnya dan harumnya akan kekal diingatan untuk selamanya

Actually bunga kat atas ni bukan bunga iollss..
sape la iolls ni nak dapat bunga kan, sobsobsob~

Walaupun bukan iolls punya, tapi kawan iolls ni bagi gak kat kami-kami ni.. tenkiu :)
nk harap boyfriend yang bagi memang tak la!! hihihi..
Tak kisah la, tak bagi pun takpe asalkan tetap cinta :p   
 

M.S.J : ~ Jangan mencintai seseorang seperti bunga kerana bunga akan layu, cintailah seseorang itu seperti sungai kerana sungai akan mengalir selamanya :)
 


Bertahanlah!! jangan putus asa :)

Assalamualaikum

Morning semua!!!! (^_^)

♥ saya nak MARAH tapi ALLAH kata JANGAN ! ♥
♥ saya nak BENCI tapi ALLAH kata JANGAN ! ♥
♥ saya nak LAWAN tapi ALLAH kata JANGAN ! ♥
♥ saya nak PUTUS ASA tapi ALLAH kata JANGAN ! ♥
♥ saya nak MEMBERONTAK tapi ALLAH kata JANGAN ! ♥

KERANA ALLAH kata,jadi saya cuba LUPAKAN apa orang KATA dan BUAT pada saya! ♥
KERANA ALLAH kata,jadi saya cuba SABARKAN HATI..IKHLASKAN JIWA ..TAWAKALKAN DIRI ! ♥
KERANA ALLAH kata,jadi saya cuba dan teruskan cuba AGAR terus BERJAYA bukan di dunia saja TAPI di akhirat SANA ! (^_^)
Sumber:page Terbaik~

Thursday, February 21, 2013

Hamba kerja ke aku ni??

Assalamualaikum

Hari ni migrain mengadap komputer
Kerja, kerja, kerja

Kadang-kadang aku terfikir
bila nak habis kerja ni?? hari-hari ada je kerja

30 tahun akan datang dan aku masih sama, masih dimeja kerja mengadap komputer?? cuma bezanya aku mungkin dah tua time tu, mungkin anak-anak aku dah besar, mungkin dah ada cucu kalau anak aku gatal nak kawin muda,hehehe.. mungkin.. mungkin.. mungkin..

Dan selalu aku terfikir
Apa kejadah buat benda ni semua??
Nasib baik kerja tu tanggungjawab, nasib baik juga demi mencari rezeki yang halal  jadi ikhlaskan je

Ni baru kerja dan aku dah rasa penat.. macam mana dorang boleh tahan sampai 20-30 tahun???



Wednesday, February 13, 2013

hari panas sedunia di ofis

Assalamualaikum


Haiya.. hali ni dugaan wa talak boleh tahan wooo..

tapi terpaksa tahan gak.. nak buat guane???

Nasib baik kerja hari ni takde kaitan dengan matematik.. iolls lemah matematik you know??? walaupun result matematik spm agak buat iolls terkezut dan hampir terpengsan.. itu namanya rezeki bagi mereka yang berusaha walaupunnnn result test every month tak pernah dapat markah ditulis pen biru.. memanjang merah, merah, merah.. so adik-adik jangan putus asa.. selagi hidup pasti ada jalan result tak berapa nak ok??? masuk je kolej.. ikut la jalan mana pun asalkan jangan putus asa ok!!!

haaa.. sambung balik cerita..
pagi-pagi datang ofis konfem lah berpoloh-poloh, iolls kan naik bas+LRT+jalan kaki.. begitulah nasib orang yang merantau demi mencari sesuap nasik, sobsobs.. sampai je ofis aircond tarak.. ok belakang iolls ada kipas, iolls tak kisah.. bila suhu badan dah kembali suam, terus turun cafe nak breakfast..  aiyakkk.. kat cafe pun tarak aircond??? makan la dengan berpoloh-poloh juga..
Naik je ofis dengan harapan dapat bermanja dengan kipas... sekaliii!!! kipas pun hilang.. haisshhh.. sabar, sabar, sabar..

sepanjang hari duduk dalam kepanasan..

tu baru diuji sikit tu iolls dah membebel panjang cerita kat uolls..

Jadi kawan-kawan, nikmat yang ada tu bersyukurlah.. jangan takde baru nak dikenang:)

Selamat kembali ke dunia blog !!!

Assalamualaikum

Kenangan tidak mungkin dapat dipadam
tapi dapat disimpan dalam lipatan ingatan sepanjang hidup
jadi aku simpan semua kenangan dalam "Mademoiselle Syafinaz (MS) "
Dan mulakan semuanya dalam blog baru ni :) walaupun tak sama..
aku berkarya bersama MS selama 4thn.. dan itu bukan satu jangka waktu yang singkat.. semuanya berubah dalam masa 4thn.. siapa sangka begitu ceritanya.. siapa sangka aku berada disini setelah lalui semua tu.. Allah itu Maha Mengetahui.. dan itu yang terbaik untuk aku dan terbaik untuk semua orang.. maka aku redha :) pasti bahagia menanti aku di depan.. insyaallah... aaminn..


February

Masih belum terlambat untuk mencipta keajaiban dalam hidup :)
Keajaiban???

ajaib sangat ke hidup iolls ni??? hikhik :p

Dalam mengejar impian
kita pasti lalui pahit manis kehidupan
itulah perasa bagi hidup ini.. kalau tak mesti hidup ni  terasa tawar dan tak mencabar kan :)

Harap tahun 2013 adalah permulaan dari segalanya.. segala yang baik

Aku tinggalkan semua demi sebuah cita-cita
Tanpa menoleh lagi,, aku akan pastikan keajaiban itu berlaku tapi dengan izinNya :)


Bismillahirrahmanirrahim..

 Marilah kita buka chapter baru dalam buku kehidupan kite :)